ANAK ANAK IBLIS & NAMA NAMA MEREKA

Imam Al-Jauzi mengutip riwayat “Abu Ghassan An-Nahdi berkata, aku pernah mendengar Al-Hasan bin Saleh berkata, sesungguhnya syaitan itu benar membukakan 99 pintu kebaikan. Tetapi dia menggunakan satu pintu kejahatan”.

Jika manusia berpegang teguh kepada sunnah baginda Nabi, maka tidak akan mudah dihasut oleh hasutan syaitan dan Iblis. Karena hati mereka itu menjadi kuat dan tidak mudah untuk dicerobohi oleh godaan syaitan.

Manakala manusia yang hanya mengikuti nafsunya, tanpa ada apa-apa pegagangan, maka manusia ini menjadi satu objek yang mudah untuk diperalatkan oleh syaitan. Karena hati mereka mudah dicerobohi dan dikuasai oleh syaitan.

Imam Al-Jauzi telah menyenaraikan beberapa nama anak Iblis. Setiap satunya mempunyai tugasan mereka yang tersendiri dan yang pastinya mereka mempunyai matlamat yang sama yaitu menyesatkan anak-anak Nabi Adam. Itulah apa yang dijanjikannya di hadapan Allah SWT. Sejurus mereka dihalau oleh Allah SWT dari syurga. Nama-nama anak Iblis Itu adalah :

  1. Tsabr

Tsabr ditugaskan untuk menghasut manusia yang ditimpakan musibah. Dia akan menghasut mereka yang ditimpakan musibah supaya berlebihan dalam bersedih seperti mengoyakkan poket mereka di saat mereka berduka dan menampar pipi sendiri (amalan wanita pada zaman jahiliah apabila menerima berita kematian). Juga seperti pengikut Syiah yang menyesakkan badan mereka sehingga berdarah pada setiap 10 Muharram bagi menunjukkan tanda kesedihan mereka atas kewafatan anak Saidina Ali RA, yaitu Saidina Hussin. Mereka juga terpedaya dengan tipu daya Tsabr.

  1. Al-A’war

Al-A’war adalah pembawa zina, yang menyuruh manusia supaya berzina dan menganggap perbuatan zina bagus serta tidak berdosa. Al-A’War juga menghiasi perempuan-prempuan ajnabi supaya kelihatan cantik dan menarik di mata lelaki-lelaki ajnabi. Manusia yang terjebak dalam penzinaan sudah berjaya ditipu oleh Al-A’war.

  1. Miswath

Miswath adalah pembawa dusta, dan juga berita-berita palsu. Contohnya seperti mendengar sesuatu lalu dia mendatangi seseorang dan mengkhabarkan apa yang didengarnya. Lalu orang itu menemui orang-orang lalu berkata, “Aku telah melihat seseorang yang masih aku ingat wajahnya tetapi aku tidak tahu namanya, dia berkata kepadaku begini dan begitu”.

  1. Daasim

Daasim ditugaskan menyusup ke dalam seseorang yang menemui keluarganya, lalu dia menampakkan cela mereka di matanya sehingga membuatnya marah-marah. Dia juga sebagai pemecah belahkan hubungan kekeluargaan, dengan menyusupkan keaiban suami ke mata isteri dan sebaliknya, sehingga berlaku perpecahan dan pergaduhan suami isteri dalam hubungan rumah tangga.

  1. Zaknabur

Zaknabur adalah penguasa pasar yang mengibarkan benderanya di pasar-pasar. Yang dimaksudkan pasar-pasar adalah kawasan-kawasan perniagaan. Zaknabur akan berada di pasar-pasar bagi menghasut pembeli dan penjual. Pembeli yang berbelanja boros melebihi kemampuan sehingga membazir sudah tertipu dengan tipu daya Zaknabur. Peniaga yang menipu dalam timbangannya serta mengabaikan kewajiban semata-mata mahu berniaga juga sudah tertipu dengan tipu daya Zaknabur.

(Sumber : Talbis Iblis karya Ibnul Jauzi)

Find us on
Frequensi              : 105.3 FM
Email                     : radiocahayaindah@gmail.com
Website                 : http://www.cahayafm.com
SMS & Whatsapp : http://wa.me/+62816228904
No Telp                 : (0266) 6545666/+628111177035

Streaming